Khamis, 15 Mac 2012

Dewan Untuk Dewa & Dewi.

Sekarang dah menghitung hari dengan jari nak jadi bini orang. Sebulan je lagi nak kahwin. Alhamdulillah, persiapan kahwin dah banyak selesai. Cuma, rancangan asal terpaksa ditukar. Majlis akad nikah akan dibuat kat rumah pada 13 April 2012 dengan 1000 jemputan. Majlis resepsi akan buat kat dewan pada 14 April 2012 (tarikh birthday mak cum tarikh persaraan mak) dengan 2400 jemputan. Terpaksa jugak ada majlis kat rumah sebab permintaan mak dan ini majlis perkahwinan pertama dalam keluarga aku. Nak pitam kalau fikir pasal jemputan yang ramai sangat. Takpe, semua untuk mak.

Benda pertama sekali yang mencabar keimanan ialah masa proses mencari dewan. Nak yang dekat dengan area rumah supaya senang urusan angkut barang dan senang family nak datang. Kalau memang yang paling dekat dengan rumah ialah Dewan Bandar Botanic, Dewan Dato Hamzah dan Dewan Pejabat Tanah Daerah Klang. Tapi semuanya fully booked sampai 2013 dan ada yang khas untuk program tertentu sahaja.

Selepas dishortlisted, aku pun lenggang-lenggok pergi usha dewan-dewan ni.

Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya
Aku nak sangat dewan ni sebab teruja dengan majlis resepsi kawan sekolah, Khairul & Syazana kat sini dalam pertengahan tahun 2011. Dewan ni besar dengan capasity 1000-1500. Tapi malangnya dah fully booked sampai 2013 okay! Padahal aku pergi survey dalam tahun 2011. Dewan ni fully aircond, lighting mantap & carpet cantik! Kadar sewa hujung minggu untuk tahun 2011 ialah RM4500. 2012 nanti, kadar sewa dah naik ke RM8500. Sekali ganda! Sesiapa pun boleh sewa dewan ni, tak restirct untuk kakitangan kerajaan atau Perbadanan Putrajaya. Parking senang. Caterer boleh outsource. Yang tak seronok, lokasinya jauh dari rumah family. Ok, terpaksa lupakan.

Dewan Sri Melati, Perbadanan Putrajaya
Sama dengan lokasi & spesifikasi Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Kadar sewa tahun 2011 ialah rm850, 2012 akan jadi RM1500. Tapi, dewan ni hanya boleh cater 500 pax je dalam satu masa. Caterer boleh outsource. Mana boleh cater jemputan aku yang ramaikan? Ada yang makan nasik minyak berdiri pulak nanti. Dan jauh dari rumah family. Ok, terpaksa lupakan.

Bukit Kemuning Golf & Country Resort
Lokasi memang dekat dengan rumah. Lalu KESAS je terus sampai. Parking senang. Tempat pun cantik. Boleh cater untuk 1100 orang dalam satu masa. Tak best sebab caterer tak boleh outsource. Dan tak berkenan dengan lantai dia sebab tak fully carpeted. Kadar sewa banquet hall tu RM6000. To be considered.

Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam
Ini antara dewan kegemaran sebab sedara mara & kenalan family memang ramai buat kat sini. Lokasi kat Shah Alam. Boleh cater maksimum 1200 orang dalam satu masa. Caterer boleh outsourse. Lighting, carpet & equipment lain semua cun. Masih available untuk tarikh yang aku nak. Dekat dengan rumah family. Parking senang. Kadar sewa untuk Sabtu dan Ahad ialah RM4700. Tapi, sekarang cuma terhad untuk kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan berpangkat JUSA dan ke atas. Dan borang kena isi online. Cuma yang tak best sikit pasal dewan ni, takda dressing room. Dan kebiasaannya, pengantin akan bersiap kat Concorde Shah Alam. Sebab itu je hotel yang paling dekat. Yang menakutkan tentang dewan ni ialah if let say tiba-tiba tarikh kahwin clash dengan program kerajaan negeri, terus kena batalkan permohonan dan deposit dipulangkan. Tapi, jaranglah berlaku. Yeay for this hall and to be considered. Sengih terus!

Sebab apa nak buat kat dewan?
Satu, sebab aku tak suka rumah kelam kabut & sepah sana sini. Kalau buat kat dewan, nak follow agenda tu mudah. Sebab kalau guna dewan, kita memang dah ada waktu penggunaan dewan, so kita akan ikut agenda sebab tak mau drag masa & everything will take place smoothly. Senang cakap, teratur.
Dua, kena ambil kira siapa jemputan kita. Kalau consist of VIPs & VVIPs, memang elok buat kat dewan sebab diorang ada protokol.
Tiga, kalau dihitung balik cost untuk pasang canopy yang cantik, memang mahalkan? Kalau Lagi-lagi arabian/transparent canopy, 2 colours full scallop, underlayer with chandelier, centerpiece for wedding tables, banquet/garden/ plastic chair siap cover & ribbon, aisle, arch & walkways, diorang akan charge dalam RM600-RM700. Atau lebih dari itu. Bayangkan kalau ambik 10 ketul, dah berapa dah? Lebih kurang sama je macam buat kat dewan kan?

Apa pun, benda ni semua bergantung pada bajet kita. Banyak atau sikit, kita mesti bijak merancang, survey sampai puas hati & tanya pada yang pakar. Kadang-kadang, bajet sikit boleh bom. Lagi malang kalau bajet besar, hasilnya menangis.

Ketemu lagi di lain entri. Nanti aku reveal, dewan mana yang dipilih. Kang tak surprise pulak. :p



Rabu, 16 November 2011

Birthday Getaway to Singapore.

Hadiah hari jadi biasanya boleh nak surprise-surprise sampai terbeliak biji mata siap terharu, sebak dan berair biji mata. Tapi, kalau birthday getaway, memang takkan dapat surprise. Sebab kena bagitau awal untuk renew passport, tempah tiket flight, tiket itu ini, komitmen kerja dan availability oleh tuan punya badan.

Bulan lepas birthday aku.

Bijan awal lagi dah suruh aku & family renew passport dan 18 kali tanya kitorang free ke tak dari sekian tarikh ke sekian tarikh. Aku sengih-sengih je sebab aku tau birthday aku dah nak dekat. Bila aku tanya nak pergi mana? Dia kata dekat-dekat je. Lama-lama aku buat bisu je. Tapi aku buat jugaklah apa yang dia suruh.

Tarikh makin dekat. Baru aku tau, rupa-rupanya nak ajak pergi Singapore. Birthday getaway ke Universal Studio Singapore (USS) merangkap serbu Xmas sale kat Singapore untuk beli barang hantaran! Sesungguhnya gembira tak terkata! Sebab kali terakhir aku pergi Singapore pun masa umur 4 atau 5 tahun. Masa ayah masih bekerja di Johor Bahru & kerap turun ke Singapore atas urusan kerja. So, aku dengan family pun berangkat. Birthday getaway masa bujang kena bawak family! Masa hanimun nak bawak pun boleh jugak. Eh?

Macam biasa, upacara round-round satu Johor Bahru dan makan sedap-sedap pun berlangsung. Keesokan harinya baru berangkat ke Singapore. Trip berlangsung dengan jayanya tapi agak tak seronok sebab dah lewat petang, hujan kat USS. Dah puas ukur USS, acara berikutnya ialah meredah kesesakan dan kesibukan Orchard Rd untuk mengempiskan purse sempena Xmas sale yang baru je bermula. Singapore punya sale ialah serious sale, tak sama macam Malaysia sebab kat negara kita, sale ada unsur menipu dan keyahudian sikit. Dan Singapore lebih trendy, modern & stylish. Malaysia agak outdated sikit. Itu dari segi fashion & style.

Dan semua orang tau, Singapore ialah negara yang sangat bersih. Itu kena akuilah. Semua tempat, shopping mall, toilet, garden & public area semua bersih takda sampah. Buang sampah merata, terus saman. Orang kat sana bawak kereta paling laju dalam 80-100km/h kot sebab kang laju je sikit, terus kena saman. Tu sebab Singaporean masuk JB & highway PLUS, macam pelesit je bawak kereta. Kita kalau kena saman masa kat Singapore dan tak bayar, jangan mimpi nak balik Malaysia lagi jumpa sanak saudara ye. Kesalahan sikit je boleh buat kita masuk lokap atau penjara. Berhati-hatilah. Cara hidup orang kat sana penuh disiplin. Takda orang cilok-cilok atas jalan raya, tak ada orang potong queue kat traffic light dan takda yang berebut masa nak naik MRT. Persamaan antara KL dan Singapore ialah kesesakan lalu lintas. Bezanya cuma, Singaporean lebih bersabar dan berdisiplin.

Untuk orang yang suka shopping, Orchard Rd ialah 'must visit' kalau pergi ke Singapore especially waktu year end dan Xmas sale. Paling best, Singapore ada H&M (sila google jika kurang mengerti). Brands pulak segala macam dari atok sampai nenek dan fashion mereka sangat sangat rapid! Teenagers kat sana (besar-besar budak nak amik PMR kat Malaysia) dah pakai Marc Jacobs dan style ala-ala Mary Kate & Ashley gitu. Sapo nak jawab tu?

Benda wajib kat USS ialah menonton Shrek 4D dengan effect air tersiram kat muka, kerusi bergoyang dan benda merayap kat kaki. Lepas tu, masuk Lights, Camera, Action! Best gila duduk dalam studio tengok effect yang gila-gila & Steven Spielberg punya hasil kerja. Masa nak balik, jangan lupa beli caramel popcorn! Boleh habis beratus kalau gila popcorn sebab sedap sangat. Sangat.

Okay, itu pasal negara dilanggar todak.

Tapi, Malaysia pun gerek apa? Johor Premium Outlet (JPO) dah beroperasi. Lokasinya di Kulai, Johor. Dah ada exit khas untuk ke JPO kat PLUS arah selatan berhampiran exit Kulai. Dulu, selalu tengok Premium Outlet kat US, sekarang dah bukak kat Malaysia. Best sebab dekat kampung mertua! Kulai pun jadi Kulaifornia! Lagi satu, tak sabar nak pergi Legoland kat Nusajaya, Johor. Bijannnnnnnnn, next project please! ;P

Kalau yang masih bertanda soal dalam kepala, sila tarik mouse ke bawah ini.
http://www.premiumoutlets.com.my/.

Macam Johan cakap dalam Edisi Khas, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan. Kbai.

Gambar-gambar akan dimuatnaik nanti. Tengoklah angin aku kalau rajin.

Au revoir!



Rabu, 9 November 2011

Sketsa Tengahari.

Dah setahun dah umur aku bertudung. Seingat aku, awal Julai tahun lepas. Alhamdulillah. Esok 10 November 2011, genap umur aku 27 tahun. Ramai orang ucap 'semoga panjang umur' bila kita meningkat usia. Tapi sebenarnya, peningkatan usia bermakna makin dekat kita dengan tarikh kematian. Aku baru sedar fakta itu. Persoalannya satu je. Kalau kita dipanjangkan umur, dosa atau pahala yang akan bertambah? Aku harap, pahala. Cukuplah apa yang dah aku kendong kat bahu kiri ni. Nak memberatkan yang sebelah kanan pulak.

Bila kita bertudung, akan ramai orang cakap tak sangka, eh kenapa, eh bila, mimpi apa, betul ke dah bersedia atau tak menyesal ke. Soalan lagi banyak dari kenyataan. Bagi aku, bila aku bertudung, maksudnya aku dah bersedia dan takkan bukak-bukak lagi. Tu sebab nak pakai tudung tu tak boleh sesiapa paksa. Kena rela. Aku bukan yang jenis suka-suka nak pakai, lepas tu suka-suka nak togel. Memang tak.

Aku pelik dengan sekelompok umat yang memandang rendah dan mengutuk orang yang tak bertudung. Sesenang hati nak cakap orang tu berdosa besar, kat neraka kena seksa, masuk neraka jahanam, pergi haji takkan dapat haji mabrur, amalan takkan diterima Tuhan. Siapa kau nak menilai atau meletakkan salah betul orang lain? Siapa kau sampai nak ambil kerja malaikat untuk mencatit dosa pahala orang lain? Masing-masing tahu dosa pahala. Dan orang yang masih belum bertudung tu, ada sebab sendiri kenapa dia masih belum ada gesa nak tutup rambut. Aku bukan nak membela golongan ini tapi, kau jaga aurat kau, tapi kau tak jaga mulut kau. Patutnya, kalau dah bertudung tu, elok bersyukur pada Allah yang kau dah diberi hidayah lagi awal dari orang lain. Dan satu lagi, sepatutnya kau doakan orang lain sama-sama dapat berkat dan hidayah. Ini kau hari-hari mengutuk, mengumpat & sibuk nak sembur bisa ular tedung kat orang yang tak pakai tudung. Kau tahu tak yang kau hanya mengurangkan pahala kau sendiri dan mmenderma pahala kau kat orang lain? Sedar ke tak? Cakap bodoh kang marah.

Tolonglah. Jangan sempitkan fikiran dan jangan singkatkan waras akal kau.
Serkup kau tebal sangat ke sampai kau tak boleh fikir dengan waras? Atau tudung yang kau pakai tu terlalu kuat ikatannya, sampai kau tak boleh fikir secara rasional? Fikir dulu sebelum bercakap atau bertindak. Tudung dan serban tu bukan tiket masuk syurga. Jubah meleret tu bukan bermakna kita tak masuk neraka.

Yang penting, amalan baik.
Kurangkan kerja Raqib dan lebihkan kerja Atid. Selagi Izrail dan Israfil belum buat kerja, kita masih ada masa untuk berubah.



Jumaat, 21 Oktober 2011

Lokasi Resepsi.

Berdenyut kepala bila fikir lokasi resepsi. Dari awal tahun, sampai sekarang baru tamat pencarian. Rancangan awal ialah nak buat kat rumah. Senang sikit family, kenalan & jiran tetangga datang. Lagipun, buat kat rumah lebih selesa sebab tetamu ada ruang nak lepak & rehat. Lagi berdenyut kepala otak bila memikirkan keluarga besar mak dan ayah. Mesti ramai.

Kalau buat kat rumah, banyak benda nak kena fikir. Sebelum majlis dah kena berkemas dan selepas majlis, 3 kali ganda penat nak berkemas. Memandangkan mak tinggal sorang selepas ayah kembali ke rahmatullah & kami adik beradik dah tinggal berasingan, rasa kesian sangat nak biarkan mak uruskan semua benda sorang. Anak-anak terikat dengan komitmen kerja. Aku rasa kejam sangat kalau biarkan mak buat semua benda.

Lepas tu, aku kena fikir kemudahan letak kereta kat kawasan rumah. Mak aku kerap buat kenduri. Masa kenduri kecik pun dah sesak jalan apetah lagi kalau kenduri kahwin. Hujung rumah aku jalan mati. So, kalau canopy dah pasang awal, macam mana jiran nak masuk kawasan rumah diorang? Hati budi jiran kena jaga jugak. Untung jugaklah sebab rumah aku bentuk D, jadi jiran sebelah kanan je ada. Sebelah kiri, dah jalan utama.

Dekat kawasan rumah, ada padang. Luas jugaklah. Siap ada playground, court & kawasan main bola sepak. Aku tergerak jugak hati nak buat kenduri kat situ. Tapi bila bincang dengan family & wedding planner, dia kata tak sesuai sebab cuaca tak menentu, kemudahan toilet, power supply & bekalan air camane? Ye tak ye jugak. Pernah terjadi kes kahwin kat padang, pastu hujan lebat. Pengantin bersanding dalam air! Oh no no no. Mimpi ngeri.

Lagi ngeri bila teringat makcik aku kena rompak masa kenduri kahwin sepupu aku kat rumah dia di Kelana Jaya. Duit salam, mas kahwin, belanja hantaran & duit nak bayar itu ini hilang. Simpan dalam bilik, tak kunci pulak tu. Masa orang tengah ramai, kau takkan terlayan & ada antara tetamu yang kita langsung tak kenal. Heee seram. Tak terlarat nak monitor semua bendakan?

Ramai jugak yang mempersoalkan "Kenapa mesti buat kat dewan? Buat kat rumah lagi senang, selesa." Okay, aku jawab senang je. "Okay okay okay, on jelah buat kat rumah dengan syarat korang semua kena tolong kemas rumah termasuk 2 living halls, 2 dining halls, dapur basah & kering, 6 bilik tidur & 4 bilik air. Termasuk loteng kat tingkat atas." Tapi semua diam. Takda respond bila aku hembus macam tu. Tau takut. ;p

Oleh yang demikian, chewahhh.. Selepas menimbang semua masalah, kami semua sepakat nak buat kat dewan. Maka bermulalah misi mencari dewan dan akhirnya, kami dah dapat dewan yang diidamkan. Tunggu next entri. Ada cerita dewan.

Panjang dah mencarut. Hewhew.



Selasa, 18 Oktober 2011

Emosi Ore Tino.

Perempuan dengan emosi memang tak boleh bercerai.
Baik talak satu, talak dua atau talak tiga. Mungkin sebab perempuan seringkali dipengaruhi hormon, jadi perasaan tu susah nak dikawal. Macam cuaca. Ada terik, ada hujan. Mungkin itulah sebabnya perempuan tak boleh bekerja dengan perempuan. Ribut taufan jawapannya.

Senjata perempuan, air mata. Semua orang tahu.
Kadang-kadang tengok cerita sedih sikit je pun mata dah berkuah. Masa beratur nak beli tiket wayang Lagenda Budak Setan pun dah nangis nangis nangis. Masa dalam panggung jangan cakaplah. Basah hidung seminggu teringat kat Kasyah. Bengkak mata semalaman sebab dah terasa muka sendiri macam Ayu. Over betul.

Bila cinta, mata pun boleh buta. Tapi bila dah benci, berbakul maki.
Berbalik kepada cerita Lagenda Budak Setan. Orang perempuan automatik akan sumpah seranah si Azmi. Sebab orang perempuan suka mengambil pendekatan "kalaulah jadi kat aku" atau "cuba bayangkan aku kat tempat dia". Tu sebab orang cakap, perempuan kalau dah sayang, dia akan sayang betul. Tapi kalau dah menyampah, memang dia sampahkan kau. Masa baik, nama dalam phone, Baby. Bila dah bergaduh, terus jadi Babi. Tapi, perempuan cepat sejuk. Kau pujuk dia cakap dia cantik macam Barbie, dia dah boleh sengih lebar dah. Hati macam kerak nasik.

Tapi, ada jugak kes yang perempuan susah nak dipujuk. Kau buatlah apa pun, takkan berjaya dan dia akan buat kau sampai tak berdaya. Mungkin agaknya dia pakai non stick rice cooker, kerak takda langsung. Itu jam, bila dah putus, terus rename nama dalam phone jadi Arwah. Terkejut orang tengok skrin phone kau bila ada incoming call dari Arwah. Terus baca Ayat Kursi.

Perempuan dulu dengan perempuan sekarang banyak beza. Mak selalu persoalkan perbezaan tu. Kejap-kejap kang mak cakap, "heeisshh, mak dulu tak pernah buat macam tu, tak pernah pakai macam ni, tak berani buat itu ini". Perempuan dulu, nak kentut pun berlari masuk bilik air, berjalan kaki tak berbunyik, buat kerja kat dapur senyap je. Zaman sekarang, ada lagi ke perempuan macam tu? Kalau ada pun, mungkin boleh dikira dengan jari.

Untuk ore jate.
Hidup dengan perempuan, kena banyak SABAR. Nampak tak hurup besar perkataan tu? Kena RENDAHKAN EGO. Haaaa, lagi sekali hurup besar. Paling penting, terima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Chalo.



Isnin, 10 Oktober 2011

Sarung Jubah & Lambung Mortar Board.

Ini antara hari bersejarah dalam hidup. Tapi dah 5 bulan dah aku lambung topi, hari ni baru rasa nak letak gambar kat sini. Agaknya sedih kehilangan ayah belum hilang lagi kot. Jadi bila nak bergembira sangat tu, aku fikir banyak kali. Takda nafsu nak bersuka suki. Mesti seronok kalau ayah dengan mak sama-sama ada kat sini. Dengan adik-adik kat kanan dan kiri.

Happy tak happy, seminggu jugaklah cuti. Paling best sebab kami first batch UiTM yang rasmikan Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Moon, si coursemate cum housemate. Dah macam adik-beradik. Tu sebab kitorang sanggup sewa apartment berdua je. Tak nak bagi orang lain masuk sebab dah kawtimmm gila-gila.

Niat hati memang nak sambung Master. Aku nak sangat buat MBA. Nak amik cuti belajar lagi sekali. Rasa macam nak buat tahun ni je ikut hati. Tunggulah nanti. InsyaAllah, nak sambung Sarjana kalau ada rezeki. Doa-doakanlah. Harap-harap lambat lagilah otak aku nak berdaki.