Salam.
Begitu sibuk sampai tak sempat meninggalkan catatan di sini. Hidup agak pincang dengan assignments, final projects, buku, nota dan notebook. Mood peperiksaan akhir pun dah sebati dalam hidup aku. Kurang tidur, kurang makan, kurang menonton, kurang exercise. Semua kurang.
Minggu lepas, petang Khamis (15/10/200) sekitar jam 2.30, dek kerana badan terlalu penat, jadi aku ambil keputusan untuk lelapkan mata sekejap. Tapi, yang sekejap itu jadi terlalu lama sebab aku terlalu letih, kot. Sampailah aku termimpikan arwah ayah. Ya Allah, masa tu Tuhan aje yang tau macam mana gembiranya hati dapat tengok muka ayah. Keadaannya sama macam ketika ayah terlantar sakit di rumah. Baring atas katil, senyum sepanjang masa. Aku datang perlahan-lahan, cium tangan ayah dan ayah peluk aku. Perlahan-lahan dia bisik ke telinga aku,
"Kalau sibuk sangat sekalipun, janganlah lupa jenguk-jenguk ayah kat sini."
Aku tersentak. Mencari kekuatan nak bangun, sebab aku dah teresak-esak dalam tidur. Aku duduk, suasana sepi. Istighfar banyak-banyak dan sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah. Dalam esak, aku baring semula. Termenung dan terlelap kembali. Sekali lagi aku mimpikan arwah ayah. Situasinya sama seperti tadi, tapi pesanannya berbeza,
"Konvo adik 18 haribulan ni kan? Ahad ni kan? Kakak pergi ye. Jangan tak pergi. Pesan dengan mak, pergi konvokesyen adik tu. Janganlah terlampau sibuk jaga ayah sakit kat rumah ni. Pergi ye, kesian kat adik."
Aku terjaga, terus duduk. Termenung macam tadi. Apa agaknya maksud mimpi tu kan? Aku istighfar lagi dan sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah. Aku gamam. Nekad tak mau teruskan tidur. Fikiran aku jadi macam kalut. Pening sekejap.
Dan yang pasti, 18/10/09 yang lepas, adik aku, Nurul Hanani selamat bergelar graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penyiaran, UiTM Shah Alam. Tapi yang hampanya, dia hanya ditemani ibu dan adik kecilku, Nurul Izzah. Aku sangat-sangat sibuk dengan final project sampai tak sempat ikut. Aku rasa macam aku dah hampakan hajat arwah ayah aku. Sampai sekarang aku masih rasa bersalah.

Aku terfikir, I should be there sebenarnya, kan? Itulah hari yang adik tunggu-tunggu. Surely, dia nak share kegembiraan bergelar graduan dengan aku. Apatah lagi sebab dia berjaya menjadi pemegang Ijazah Kelas Pertama dan merangkul Anugerah Naib Canselor (sebab tu dia dapat pakai selempang merah jambu kat luar jubah tu). Tahniah adik!
Yang pasti, air mata ibu aku jatuh berderai semasa adik naik ke pentas menerima scroll dari Pro-Canselor.
Dan kalau ayah masih ada, ayah pasti bangga!
InsyaAllah, I'll be graduated setahun lagi. Doakan aku.
Nota kaki cagu:
Kepada si tanpa nama, gambar di atas adalah bukti. Aku bukan jenis gebang lebih atau sembrono tak tentu pasal.
26 curhat:
tahniah utk Nurul
saya selalu cerita kat mama
anak cikgu rosanani ni pandai2...
nah..............
awk tgk skrg.terbukti bukan...
Hope awk pun sukses ok
makcik!jangan bersedih lagi!
anak makcik semua yang terbaik.
:)
ain!saya rindu kat awak
lama dah tak tgk wayang bergambar bersama
*hug
Dewi:
Usaha tangga kejayaan. Kita selalu positif. Some other person, gifted, sejak kecik dah bijak pandai. Unfortunately, kita bkn dari golongan itu. Tp, as long as kita rajin, Allah mesti bantu.
I miss u.
Sem break nnt, boleh libur bersama lagi. :)
so awak seorang yang rajin.bagus wak.
kekal kan prestasi elakkan kontrovesi
heeeeeeeeeee
baik
saya tggu..;)
tahniah untuk Nurul..mimpi kdg2 mbawa mksud yg trsirat. ape pun ain, bnyk2 brdoa untk arwah k.take care n smoga kau sukses
Dewi:
Ok! Tengkiew.
Mama:
Tengs. :)
good luck to u babe
Jojet:
Tengkiew. :)
your sister dapat ANC ke? dalam buku konvokesyen tak tercatat pun nama adik u dalam senarai penerima anugerah..selempang pink tu ramai budak2 pinjam pakai just utk bergambar jeeee...
Tanpa Nama:
Tak mainlah menipu.
Last minit, dean announce dia suppose utk dapat selempang.
Sorry. May be awak org yg mengidam nak selempang, tapi tak dpt. :D
congrats to nurul hanani..
berkat usaha membuahkan hasil.
tanpa nama:
awak antara yg buat begitu..
kn? kn? haha..
69:
Tengs. At last, adik aku dapat jugak apa yg dia idamkan selama ni, tak regretlah belajar siang malam, every semester dapat 3.50 & above.
Kepada cik anonymous:
Although nama Nurul has not stated dalam buku graduasi, dia tetap menerima scroll berselempang. Peace!
lor.......ni kes jeles x dpt selempang ke?...selempang kain batik sudah...x yah tgu konvo,rilek2...ucap tahniah je kenape..heheheee
Tanpa Nama:
Hahahaha. Entahlah, susah kalau jadi pendengki ni. Tunggu aku upload gambar amik scroll pakai selempang. :P
amboiii.kemain lagi si tanpa nama ek..buat ape nak dengki2..bukannya dapat ape2..ni la sifat yang ada pada 'sesetengah' orang melayu kita..tak boleh lihat orang lain senang..:p
hahahahaha si tanpa nama yg mengutuk tu adalah seorang yg saiko barangkali. kesian dia. mungkin dia konvo jgk tp dpt 2nd class lower kot. takpe la, letak la * kat nama sendiri ekkk!
Eja:
Gimme 5 adikku sayang! Hehehe. Takkan nak tipu kot. Blog saya ni can be accessed publicly. Kalau menipu, tak ke kantoi? Kan? Kan?
Nurul Lalola:
Stendedlah tu. Is he/she should be considered as Malay? Cakap mcm padaiyapa. :D
si tuan empunya badan berkata :
sangat hahahaha la statement si tanpa nama tu.
saya taklah TERHEGEH-HEGEH nak pakai selempang tu. tapi xkan la hanya kerana kesilapan pihak konvo, saya harus menolak selempang yang dipakaikan beberapa minit sebelum naik pentas tu kan? hahahaha.
lagi satu, kalau dah semua gambar saya dengan selempang tu, tuan punya selempang yang saya "pinjam" tu x teringin ke nak pakai selempang dia? lagi sekali hahaha.
xpe lah, yg penting saya dah grad dgn First Class Honest dan Anugerah Naib Canselor. Bukan bangga diri, cuma x mahu disalah tafsir. Syukur pada Tuhan. =)
kepada semua, terima kasih atas ucapan tahniah. saya berjaya atas doa anda semua.
kepada si tanpa nama, x mengapalah. semua orang buat silap termasuk you dan pihak konvo. at least saya tau you concern pasal saya, siap cek dalam buku istiadat konvo tu! mekacih. ;)
kalau masih rasa saya 'meminjam' selempang, nantikan la gambar saya di atas stage bersama selempang itu, untuk memuaskan hati anda.
sekian, peace no war. ^_^
Nurul Hanani:
Kesianlah dengan si tanpa nama tu. Kita bkn kejar populariti, tp kualiti. Itu yg family kita emphasize sejak dulu lagi.
I love u.
oit toet..orang tu keciwa kot sebab x dapat pakai..muahaha..
to nani: lantak pi orang tu nak cakap apa..yang penting kita x ada perasaan dengki macam dia..
-akma-
congrats hanani!
selempang ke, ape ke, itu semua tak bererti apa2 kalau hati tak bersih.
Akma:
Kau doakan aku ye. Biarlah, orang nak ckp apa pun, yang tau, taulah realitinya.
Salam peluk cium utk Muadz! :)
J:
Tima kasih ye bro. Next year, turn aku. Doakan kejayaan aku.
Kim slm kat Laila si comel. :)
haaaaaaaa.......kan puas hati bile da nampak gambar kan?.....heheheeeee.....
adik ku syg..
sedih plak baca titipan kali nih,menangis aku,sedih dowh..sorry.. aku pun sibuk dgn dunia aku,dah jarang gi tgk mak, gi rumah korang..
kpd Tanpa nama tu, agak2 kalau ko tu keturunan mulut bau longkang, x payah lah mencemarkan blog adik sedara aku kat sini.. kitorang xde keturunan hati perut busuk mcm bangkai, mulut bau longkang mcm kau ni.. dh tertulis di loh mahfuz rezeki nani utk dpt selempang merah k,hijau k,kelabu taik anjing ke, yg ko nak menyalak2 kat sini watper? dia berhak dpt sbb usaha keras dia selama ni,apa ko tau? ko tau menyalak mcm bloody hell jerr.. tu ler,dulu kecik2 suruh gi sekolah agama,ko x nak, dh besor jadi mcm HANJI**,menyalak2.. x tau hukum hakam,x reti nak hidup bermaruah,hormat org lain. gi belajar agama arr lg bagus drpd ko menyemak kat sini.. ko anak sape? bg tau aku skang!! aku nk suggest kt mak ayah ko sekolah agama yg terbagus kt m'sia ni,antar ko mengaji,sucikan hati,bersihkan diri. AMIN.. hehe,terlebih sudah..
Jojet:
Tulah kan? kan? Apelah orang tu. :)
Kak:
Nak buat camana, kita senang pun ada org kurang senang. Adat dunia.
hope u stay strong.. :)
Putri Ramlan:
Alhamdulillah. Kesabaran yang Allah kurniakan pada kita adalah satu anugerah yg sgt berharga. Thanks.
Catat Ulasan