Selasa, 25 Januari 2011

Soru Sapdek.

Genap sepurnama aku kembali berkarier selepas 3 tahun cuti belajar bergaji. Alhamdulillah, hati seronok bukan kepalang sebab kembalinya aku ke Putrajaya, terus JPA letakkan aku di kantor orang nombor satu negara dan ketua segala Menteri. Kalau kamu berstatus warganegara, pasti kamu tahu dengan siapa aku berkerja kini.

Bila pandang takwim, sumpah rasa tak percaya yang aku dan kawan-kawan diploma sudah hampir 7 tahun berkhidmat dengan sektor kerajaan, baik Persekutuan mahupun Negeri. Untungnya kami, kerja yang datang menyerah diri. Bukan kami yang tak reti duduk diam hantar resume sana sini atau pergi temuduga sampai kecut perut nak pandang panel separuh mati. Bayangkan, diploma belum ada di jari, dah merasa menjaga dari sekecil-kecil bos bergelar Dato' & Datin sehinggalah yang bergelar Tan Sri. Siap ada bilik sendiri. Privasi. :D

Bersyukur sebab tak merasa menganggur dan mengharapkan mak bapak menyuap nasi. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah. InsyaAllah.