Selasa, 22 Februari 2011

Perempuan dan Lelaki Misteri.

Makin lama kau hidup, makin masak kau dengan perangai dan sikap manusia yang suka menduga. Bila hidup kau makin gembira, ada banyak hati yang sengketa dan mulut nak mengata. Alhamdulillah, kau teruskanlah mengeji aku dengan macam-macam kata dan rasa. Sebab kau yang dapat balasan dosa, aku dapat ganjaran pahala.

Aku faham, manusia tak ada yang ma'sum.

Untuk Damak,
Betul orang cakap. Lelaki kalau dah mula bercakap dengan tipu muslihat, akibatnya memang dahsyat. Buruk rasanya bila dengar lelaki suka mengumpat. Rasa macam meluat. Macam ini ajelah, baik kau jaga keluarga kau dari pergi mencanang sana sini cerita jahat yang kau buat-buat. Apa yang kau dapat? Kau rasa diri kau dah cukup hebat? Atau kau rasa diri kau tergugat? Kau patut tau, cerita rumahtangga kau jadi topik hangat kat pejabat. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri, baru nak diam terkulat-kulat. Kau ni dah dikira macam sahabat makan sahabat. Patutnya, kau doakan kami supaya sihat walafiat dan jodoh kekal kuat dunia akhirat. Ini tak, kau pula jadi dalang supaya hubungan kami nampak goyah dan cacat.

Untuk Joyah,
Aku tak tau sengketa apa yang kau ada dengan aku. Sampai kau nak rasa dengki, iri hati dan rasa berbulu. Kau berdendam dengan aku macamlah kita ni bermadu. Sebenarnya apa yang kau mau tahu? Kau bengang ke kalau aku dan bakal suami aku bakal bersatu? Gangguan kau tak pernah putus datang satu demi satu. Cuba kau fikir, apa yang kau dapat hari ini ialah apa yang kau pernah bagi dahulu. Jangan nak menyalahkan orang lain atas kesilapan masa lalu. Kalau kau nak berteman tapi mesra dengan Damak, teruskanlah sebab tak ada siapa yang nak ganggu. Tapi, kalau kau dan Damak sampai memfitnah dan mendoakan keburukan orang lain, aku rasa kau orang berdua dah hilang arah tuju. Jangan biarkan hati kau itu, setan iblis yang pandu.

Fikirlah sebelum terlambat. Entri ini bukan nak menunjukkan yang aku baik dan orang lain jahat. Titik. Tamat.

Nota kaki:
Kalau komen, memang berani nak guna tanpa nama. Komen kalau tanpa nama, serupa macam cakap belakang. Kau jugak yang mula-mula jadi stalker, joker & loser kat sini. Makin banyak kau cakap, makin obvious kelemahan kau. Kau yang patut cermin diri sendiri, Joyah. Aku takkan tuduh kau buta-buta sebab aku ada bukti. Kalau kau waras, kau takkan cari aku kat sini. Ok? Kau memang ada motif, tu je. Lagi satu, gelaran yang kau tujukan untuk aku tu sesuai untuk mak kau. Budak gemomok 2 orang tu jangan nak menyebuk hal orang lain. Jangan jadi batu api.



19 modal air liur:

Siti berkata...

watak yg sama macam Perempuan-Perempuan Misteri ke?
hehehehe.

khaleda berkata...

selagi wujud PHD. mmg payah.

Lulu Junior berkata...

Aku nak letak link blog & fb dia kat sini. Haha. :D

cik gObu berkata...

huhu siapakah itu adik...

ceciter...ceciter

Lulu Junior berkata...

Orang yang sama dalam previous entries. Tak tau apa yang menggugat dia sekarang ni.

Siti berkata...

mana?? letak ahh.. nak tgk..

Tanpa Nama berkata...

TAIK LALAT! HAHAHAHA.

Tanpa Nama berkata...

kita sdg mmbygkan joyah dan damak sosksek2 kat kedai kopi
wakaka
wutver pong
awak dah cukup terbaik utk bf awak.
trust me :p

*bila ni nak mkn nasi jagung?(haha asik ckp nasi minyak boring lak kan?)

love you:)
puanratnadewi

Tanpa Nama berkata...

kita sdg mmbygkan joyah dan damak sosksek2 kat kedai kopi
wakaka
wutver pong
awak dah cukup terbaik utk bf awak.
trust me :p

*bila ni nak mkn nasi jagung?(haha asik ckp nasi minyak boring lak kan?)

love you:)
puanratnadewi

Lulu Junior berkata...

Siti:
Dah tengok belum? Check email. Kang kata aku propa lebih pulak. :D

Tanpa Nama:
Aik?? Hehehe. Kenal ke? Physical attack tu! :D

Dewi:
Zaman dah canggih. Online kedai kopi pun boleh ngumpat. Tak payah nak spend duit kat Old Town bagai. :D

Pena QS berkata...

lulu junior,
don't care about people talking about u, people mouth can't be shut . Itu cuma ciri2 org y sedang buat PHD x grad2 samapi maikat maut dtg.

anyway, u have talent in writing. i like it.

Siti berkata...

manusia.. kalo dah wat silap xkan nak ngaku. if dia nyalak lg, ko letak je bukti salakan dia tu kat blog ko ni... baru org lain tau sape dia tu sbnr nya... sape yg stalk sape.. sape yg benci kat sape.. sape yg mula nak bukak step dgn sape.. muka buruk, hati busuk... mmg carik pasal lah...

Lulu Junior berkata...

Pena QS:
True indeed! Endless & cureless disease. Dah kutuk gila-gila, tapi tak nak mengaku. Bukti ada je kat tangan ni.

Siti:
Better kita remain silent. Jangan samakan tahap kita dengan dia. Ok?

irzan berkata...

haaaa...finaly!..kan?..oppsss! between u and me...hehehe...terlalu banyak pengajaran..sama dapat rasa...mana buruk mana baik jelas terpampang...doalah banyak2 ...biar dari sudut mana dtgnya segala gangguan itu bisa ditepis...tiada lagi ruang utk menjemput halangan...jgn lupa saat yg dinantikan! full of luv (flying kiss)

Lulu Junior berkata...

U:
Biarlah orang nak cakap apa. Dia tak kenal kita siapa. So, dia boleh cakap apa sahaja. Kalau awak tu baik sangat, takkanlah sampai cerita peribadi awak dicanang & dijaja sana sini. Baik Damak, baik Joyah. Sama naik. Entah-entah skandal kot? :D

Anna Syue Fashion House berkata...

Nice blog!! Tak bosan baca blog u..heeee....Keep it up dear !!! =)))))

Lulu Junior berkata...

Thanks! :)

Tanpa Nama berkata...

-BAHASA BAIK
-LINK BANYAK
-MEMUDAHKAN READER
TEPOK TANGAN UTK LULUJUNIOR






NONI

Lulu Junior berkata...

Noni: Thanks! ;)