Isnin, 28 Februari 2011

Rezeki.

Jadi perempuan, jangan suka meminta pada lelaki. Melainkan dia itu suami sendiri. Kalau masih bercinta dan bergelar kekasih hati, lebih baik belajar untuk menguruskan kewangan ikut kemampuan diri. Akan datang, kau tak tau apa akan jadi. Kalau dah bercinta separuh jalan, lepas tu janji memang akan terus jadi janji. Lagi-lagi bila timbul ungkit-mengungkit yang menyakitkan hati.

Macam yang pernah terjadi pada kawan perempuan aku sendiri.
Berjanji sehidup semati dengan si lelaki. Apa yang ditunjuk, itulah yang si lelaki beli. Benda yang diidam, semua lelaki tu bagi. Hidup ditaja serba serbi, padahal dia seorang siswi. Siap dapat sebiji Myvi. Nak dijadikan cerita, hubungan cinta 2 tahun mereka itu putus di tengah jalan secara rasmi. Dan selepas itu, satu demi satu barang pemberian si lelaki tuntut kembali. Dari sekecil-kecil zarah, sampai ke sebesar-besar gajah, semua dituntut ganti. Termasuklah Myvi warna merah hati. Sudahnya, sekarang tersadai sana sini tahan teksi dan naik LRT. Kejam tak kejam si lelaki, semua resit dan bil pembelian barang pemberian disimpan sebagai bukti. Tarikh beli dan jumlah RM pun tercetak cantik pada bil. Nak atau tak, perempuan itu tiada pilihan sampai terpaksa keluar duit berkali-kali.

Jadi jangan cari nahas. Kalau dia baik tanpa meminta balasan, Alhamdulillah. Tapi, kalau dia baik dan meminta balasan yang boleh menggoyahkan iman kau, Na'uzubillah. Nak bergaya, berpada-pada. Pakai ikut apa yang kau rasa kau terdaya. Kalau masih belum mampu, baik kau simpan duit dan hajat. Takpelah kalau berputih tulang sekejap, asalkan nanti apa yang kau mimpikan itu jadi nyata, yang penting kau gunakan kau punya wang saku. Kalau aku, aku tak akan minta apa-apa pada lelaki itu, melainkan dia sudah sah menjadi menantu kepada orang tuaku. Sementara bujang, apa-apa pun aku akan cari emak dan arwah ayah (masa ayah masih ada) untuk membantu dan mengadu apa yang perlu.

Baru-baru ini, aku tersengih lebar bila ada seorang budak hingusan graduan IPT Swasta yang sedang menjalani internship di sebuah jabatan kerajaan dengan selamba mengutuk aku, 'Apa kelas kerja kerajaan setakat gaji 2-3 ribu sebulan? Ye, aku kerja makan gaji dan tak sampai angka 4k pun. Ada sesiapa susah ke kalau aku makan gaji sebulan sekali dan dapat kenaikan setahun sekali? Tapi syukur Alhamdulillah, dengan gaji aku ini, aku mampu nak biaya semua perbelanjaan dan simpanan aku sendiri.

Pesan aku, kau belum nampak dunia sebenar, bebeh. Kau belum tau macam mana susahnya kau nanti nak cari kerja dan pendapatan tetap. Sebab selama ini kau hanya harapkan duit pinjaman pengajian, duit ayah dan dana simpati buah hati kau. Aku takkan tergamak nak suruh pakwe sendiri ikat perut makan mee segera untuk belikan Blackberry. Bila kau dah mula nak cari kerja nanti, baru kau tau jarak langit dan tanah. Dan masa itu baru kau tau bezanya antara mencari duit dan minta duit sini sana. Ingatlah, rezeki tu datang dari Allah. Jangan ingat sebab kau ada Ijazah, kau akan dapat kerja dengan mudah. Di tempat kerja aku dulu, pelajar terbaik Ijazah Sains Marin dari UPM pun jadi kerani sambilan dan ambil upah jahit baju yang orang tempah.

Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.
Kalau kau tak berusaha keras, selama-lamanyalah nasib kau takkan berubah. Jadi, kau fikirlah..

Alhamdulillah, makin nak kahwin, rezeki aku semakin murah.
Semoga aku tak kufur nikmat yang diberi Allah.



16 modal air liur:

nmmy84 berkata...

kalau duit gaji berkat,2k sebulan cukup sampai nak dapat gaji bulan depan.siap blh saving.alhamdulillah kan ain.smg kt terus bersyukur :)

aizu_hani berkata...

wah, ada org link kan my blog...hehehe

ainnnnnn, dah nak kawin ker???

Titu Tita berkata...

si tahi lalat besar itu mungkin suka jadi peminta sedekah sebab itu dia suka membuat onar ~ oops terlebih sudah hahaha :D

Tanpa Nama berkata...

budak plg excell dlm kelas kita dulu pun masih kerja promoter kat iSetan.. tu ipta tu.. kalau ipts entahlorr..... dah kira byklah gaji 2-3 ribu.. gaji makin lama makin naik.. kalo ko dpt ptd, best ah.. blh banje aku cam salu.... ^-^

-tajmahal-

Lulu Junior berkata...

Wadah:
Alhamdulillah. Seumur hidup tak pernah lagi menyusahkan orang lain selain mak ayah. Apa nak buat, gaji kita 3k pun orang kutuk. :D

Aizureen:
Hehehe tunggu card sampai rumah! Comelnya Azra! Geram. Teruskan hobi memasak tu. Aku baru nak try resepi pandan kaya tu! Tempting. :)

Siti:
Hahahahah. Alhamdulillah, aku tak pernah lagi mintak sedekah atau menjual maruah sebab nak beli itu ini. Fokus & forecast sangat penting. Dia ada apa? Habuk pun takdo.

Taj:
Hidup ni semuanya bergantung pada rezeki dan sedikit tuah.Takpelah, at least dia kerja jugak kat iSetan tu. Ko dah kerja belum? Test PTD hari tu susahkannn? Pfftttt. :(

aizu_hani berkata...

haha...nak kene buat appointment awal2 ni kalau nak jemput i dtg...maklumlah, tersgt jauh i ni...haha..hmm, memasak bkn setakat hobi..tp dah jadi tanggungjawab nak kene masak hari2...hobinya adlh tukar2 resipi...sbb aku bosan makan lauk sama hari2...(cewah, mcm gaya tulisan ko plak..haha)...pandan kaya tu mmg sedap, aku blaja dr org gaji pakcik husband aku...aku pun baru buat siang td..hehe, kene upload gambar hasilnya di fb nanti tau!! gud luck!

Tanpa Nama berkata...

rasa kalo tak gi test ptd tu pun xpe kowt.. mencabar gak lah soalan dia an.. ko dah mmg org gomen senang ah nak dpt ptd mst boss ko rekemen bek punyer.. felda kl takde job ke.?.. mana tau ko leh tlg an.. dah de ko sbg org dlm mst leh tlg.. *-*

-tajmahal-

Lulu Junior berkata...

Aizureen:
InsyaAllah, nanti aku jemput. Ok! Kalau ada resepi baru, silakan tepek kat blog. Mesti cuba. :)

Taj:
Takpe, janji dah usaha. Ala.. rezeki kat mana-mana pun ada der. InsyaAllah. Taj, tak payahlah mention F tu kat sini! Kang semua orang tau aku kerja mana. Aku bukan FELDA Jalan Gurney tu. Kita cerita kat FB lah. :)

apisv2 berkata...

slm kunjungan..
saje tgk2 blog..
dtg dr blog RM;)

blog apisv2

Tanpa Nama berkata...

hai wak.
lama dah xde org mengutarakan isu sebegini wak
yg tang keje tu ha..
mmg bdk tu ckp camtu kat awk kerh?
takpe..takpe...
dia masih mentah tu..
sat2 gi dpt jd kerani jek
konpem senyap tersipu dgn awk.
haktuih.
mmg la ikutkan gaji tak cukup.tapi..
selagi tak mati kebulur
okay kan wak.....

:D
LOVEYOUAINOMAR
puanratnadewi

irzan berkata...

jelas benar ape yg dikate kan..xyah mintak..mintak mintak x syok pulak kan...pemberi pon jadi pikir dua tiga kali nak bg kan u?..berkaitan dakwaan kanak2 hingusan tu..2 ke 3k tu boleh dikategorikan pendapatan lumayanlah jugak berbanding mereka yg xde keje atau kerja saja tanpa gaji..mampu gak bayar keta bertaraf...rumah baru.(wink wink)..sedangkan gaji 1k pon boleh hidop selesa..kurang sikit adat lah kan..janji syukur dgn ape yg ade sudah lah..if x mampu nk bergaya dok ilek tgk org pakai pon da cukup...ingat kerja nk dg bergolek dpn kite ke...kecuali yg murah rezeki lah...tiket ade kelulusan bukan kepastian utk kerja mewah..xlah ckp bongkak..tp selesa lah dgn kemampuan sendiri..myb segale dakwaan tu berbau cemburu kot...so..ini satu pengajaran..sebelum cakap org better kita check dalam handbag ade cermin atau tidak...(x sabar nk pindah..kening ziana zain satu)

Lulu Junior berkata...

Apis:
Hai. :)

Dewi:
Maleh layan dah wak. Apa nak buat, gaji kita 3k pun orang kutuk. Jom kita tengok, sejauh mana dia boleh pergi. Rezeki tu kan Allah yang bagi, bersyukur sangat dengan apa yang ada sekarang ni. Hidup ni, jangan suka mengata orang sana sini wak. Dengan orang tak kenal pun main bedal je. Watdehek kan? Omaigod betul perangai. :D

U:
Alhamdulillah, dengan duit gaji yang ada ni, I mampu bayar Vios, potongan perumahan, Tabung Haji, bayar PTPTN, bil itu ini, bagi mak duit, shopping itu ini, makan sedap sana sini & saving sendiri. Bukan nak riak. Tapi orang macam DIA ni selalunya tak berpijak kat bumi yang nyata. Kurang kasih sayang, itu sebabnya suka meminta-minta sini sana. Apa pun tindakan kita, rasional atau tidak, semua mencerminkan didikan yang kita dapat dari keluarga. Itupun kalau ada keluarga lah. :D Btw, good luck in advance untuk awak. Be prepared (physically & mentally)untuk memegang kerjaya baru di ibu kota nanti. InsyaAllah. Smooch.

irzan berkata...

yang benar deh....syukur rezki tuhan bagi...rasenye ade yg kurang dalam carta aliran list u tu....xkan nk ckp semua kan?hehe....tu lah...kesimpulannye kasih syg mmg sgt penting lah...ok..thanks bg advance wish..hehehe.aminnnn.insyallah da bersedia...1 2 3 klik!.

Lulu Junior berkata...

Too many to list. Kita masing-masing ada karier & pendapatan tetap, bukan KONTRAK. Alhamdulillah. Cuma ingat, jangan kufur nikmat.

Good luck in your new career & new environment. Keluarlah dari tempat lama tu. Dah banyak sangat fitnah yang kita dapat. Thanks untuk Damak! :D

princessEmo faiz berkata...

sedihnye kak....btol la ssh nk cari bf yg ikhlas kan kak nk plak time dh putus..abis diungkit...=)

Lulu Junior berkata...

Tyra:
Yes. Kena kenal hati budi masing-masing, baru boleh decide untuk further to the next stage. Kalau awal lagi dah banyak bunyik itu ini, baik tak payah. :)