Jumaat, 1 April 2011

Cun!

Awalnya, aku rasa tak ada yang 'sesuatu' dalam filem Melayu baru, Cun! Aku rasa, sama macam filem Melayu yang lain, penuh babak klise yang kita dah boleh teka awal dan akhirnya. Tapi aku silap. Aku rasa filem ni sangat bagus. Penuh nilai kekeluargaan dan kasih sayang. Filem ni lengkap, ada kelakar, ada geram, ada sedih, ada meroyan dan ada menyampah.

Eton Gebu ni dahlah badan kus semangat, tapi bawak skuter siap buat gaya superman. Nyilu I. :D

Kembang (kerbau) pun kena mekap serupa Beyonce.

Sebenarnya, ada juga sikit-sikit babak yang merapu dan tak sepatutnya ada dalam filem ini. Malas nak mengomel pasal benda tu. Tapi secara keseluruhan, aku suka dan rasa tak menyesal pergi menonton. Watak Luna, Atan, Tok Chah, Manis, Tom, Bedah Tonggek, Eton Gebu & Kembang memang sampai kat hati aku. Dan satu lagi, pemandangan kampung kat Kedah tu sangat sangat sangat cantik dan permai. Terus rasa rindu kat kampung, rindu nak mandi sungai, rindu panjat pokok, rindu nak jalan tengah bendang & rindu nak tengok kerbau. Rindu semua benda kat kampung. Senang cer! Satu benda paling betul dalam cerita ini ialah, kasih sayang dan cinta takkan boleh diurusniaga. Dan apa pun yang kita buat dan kat mana pun kaki kita berpijak, jangan sampai lupa asal usul dan keluarga. Itu nilai yang sangat besar dalam filem ni. Pergi tengok cepat!

Kang dah habis tayangan baru nak terkulat-kulat. Untuk gambar yang lebih banyak, sila tekan sinun.



6 modal air liur:

goblogbyfarah berkata...

tunggu kuar astro first. dah ada baby susah pulak nak tgk kat wayang..hehe

Titu Tita berkata...

si manis tu mmg pandai berlakon! berjurai airmata kalau tak control :D

irzan berkata...

baca je da macam best...belom g tgk lagi..hehe
next time bermidnight lagi ye?

khaleda berkata...

masih menunggu entri khas
;)

Siti berkata...

aku dh jarang tgk muvie sbb kena jg anak buah akuuuuu. huahha huaha.. aku tgk astro first jela... tp cita ni best...

Lulu Junior berkata...

Farah: Haaa kan? Dah ada anak dah awak! Tahniah. Takpa, tunggu keluar kat Astro First nanti. Boleh tengok.

MIB: Dah lama tak movie marathon back to back tersepuk kat cinema. Heheheh. Next project ya. Settle pasal rumah kita dulu. Tak sabar nak tunggu Carmichael sampai! Weeeeeeee.

Khaleda: Busy pindah rumah. Tak banyak masa nak bercerita. Padahal aku dah jeruk draft bukan main lama & banyak! Tungguuuuu.

Siti: Kau biasalah, since campus lagi asik jadi babysitter! Hehehehe. Alaa tunggu keluar kat Astro First je. :)