Khamis, 25 Ogos 2011

Bukan Dapur Sendiri.

Bulan puasa ni, tengok makanan & minuman semua nampak macam sedap je. Najis kambing pun nampak macam chocolate chip. Hiks. Tapi, bila dah pandai masak sendiri, aku dah malas nak beli kat luar. Hari ni dah 25 Ramadhan, tapi sekali je aku pergi Param. Sekali je ok? Kalau tahun-tahun lepas, aku memang suka pergi Param. Puasa 30 hari, pergi Param 60 kali. Yelah, kalau sehari pergi sampai 2 kali, tak ke 60 kali jadinya. Kalau kat rumah family, aku suka pergi Param kat Taman Seri Andalas sebab aku ketagihan 'home made talam' yang dijual kat situ.

Asik masak je, bosan jugakkan? Sesekali nak jugak gantung periuk kuali & merasa buffet Ramadhan sana sini. Tapi, tempat yang menjadi kewajipan untuk aku & family berbuka ialah Nyonya Kitchen, Taman Bayu Perdana, Klang. Dari dulu memanglah suka bebeno makan kat sini. Mungkin sebab dekat je dengan rumah & tak payah nak pergi berbuka jauh-jauh. Lagi satu, dia ada pakej hidangan untuk 2, 4, 6, & 10 orang. Lauk dia pun macam-macam sampai tak larat nak taip kat sini. Kang korang terliur, makruh pulak. Buffet dessert pun banyak macam Nyonya kuih, cendol, kerabu, jelly, Penang rojak, cakes dan banyak lagilah! Sebab terlalu suka, aku nak share kat sini.


1. Senangin Geram Asam. Nama pun geram. Memang yum.
2. Udang Tumis Cili. Udang yang tumis cili. Bukan tukang masak.
3. Udang Masak Spicy. Garing gila. Kalau kunyah, jiran sebelah pun boleh dengar.
4. Sotong Goreng. Rangup macam makan biskut.
5. Ayam Mangga. Sedap sangat. Ada rasa garlic, lemon, mangga!
6. Ayam Pandan sebab dibungkus dengan daun pandan.
7. Buncis Garlic. Terbaik dari ladang ternakan.
8. Broccoli Musroom.

Semua makanan dia enak, sedap, tasty, appetizing dan lazat! Mak mertua catwalk depan korang pun korang tak layan. Nyonya Kitchen ada cawangan kat Shah Alam. Untuk maklumat lanjut, silalah tekan sini.