Rabu, 17 Ogos 2011

Kadik.

Aku tak tau semua anak sulung ada perangai macam aku atau tak. Agaknya sebab aku anak sulung, aku anak pertama yang duduk dalam rahim Mak, jadi aku suka kalau adik-adik ikut cakap aku. Lagi satu benda yang sadis pasal anak sulung macam aku ialah, aku jenis yang over protective. Apa-apa pun mesti kena lindungi adik-adik & keluarga aku. Masa zaman sekolah rendah dulu, aku pernah hampir nak tempeleng muka budak yang usik adik aku. Sampai sekarang kawan-kawan adik aku semua takut dengan aku. Padahal aku takda nak menyinga dengan diorang pun. Tapi semua cakap aku garang. Kalau nak datang rumah, kena tanya dulu, aku ada kat rumah ke tak? Kalau aku ada, diorang tak nak datang. Hek eleh betul.

Itu akulah, orang lain entah.

Macam adik aku yang bongsu ni, dia ni jenis manja terlebih sangat sampai banyak lemak. Banyak lemak manja dan banyak lemak kat badan jugak. Sangat manja sampai apa pun dia nak, semua kitorang timbunkan depan bijik mata dia. Baik Mak, baik aku dan adik aku yang lagi sorang, kalau dia merengek nak, terus rasa macam kesian & tak sampai hati kalau tak bagi apa dia nak. Memang kengkadang kesian tapi kengkadang rasa nak meroyan jugak kalau dia mintak bukan-bukan.



Dah 21 tahun umur dia 29 Julai hari tu. Tapi manja tahap nak mintak timang & lambung tinggi-tinggi. Apakah kejadahnya?



Minggu lepas, dia BBM aku. 'Kak, kita dapat UiTM Seri Iskandar. Course sama macam kakak & rasanya setahun je duduk sana. Tahun kedua masuk kampus induk balik.' Terus feeling tisu kan? Agaknya aku ni idola dia kot? Diploma yang sama, Ijazah yang serupa. Dia nak sangat tukar course sebab bestfriend dia dapat Kampus Shah Alam. Tapi, Mak kata biar dia belajar duduk sorang jauh-jauh. Dia jawab balik, alah takpe, kita boleh balik tiap-tiap minggu Perak-Klang. Hamboih?

Bila dah tau dia kena duduk jauh dari Mak, aku selalu fikir, boleh ke dia hidup jauh? Boleh ke hidup sendiri? Kalau kena kacau camane? Boleh ke dia belajar nanti? Kalau dapat kawan jahat camane? Rasa nak suruh dia belajar silat pun ada, senang hentam je sesiapa yang kacau. Hati aku lagilah seriau bila dengar dia manja-manja sambil bodek-bodek Mak nak bawak kereta pergi sana. Lagilah aku risau. Dulu, dia nak bawak kereta kat area Klang pun aku dengan Mak asik bebel berleter memanjang. Kalau apa-apa jadi camane? Dahlah jauh. Tiba-tiba teringat Mak akan tinggal sorang bila adik kecik aku masuk kampus. Aku dah kat Putrajaya, adik yang kedua tu tinggal kat Sunway. Cemas jap. Lagi cemas bila Mak dapat idea nak ada sorang maid duduk dengan dia. Nak buat kawan katanya. Mak tak ingat kot masa tahun 1992, weekend maid kat rumah tu lari ikut boyfriend. Gila sesak nafas aku dengar tahap nak pakai nebulizer. Susah jugak jadi anak sulung. Takda adik beradik lelaki pulak tu.

Bijan cakap, aku banyak fikir yang negatif, yang positif tu besar kuman je dalam otak aku. Tu sebab aku selalu pening. Tapi, kalau aku tak fikir, siapa lagi nak fikir?

Ayah dah takda. Humm..