Mak cakap, orang perempuan kena rajin masak. Tak pandai takpa, kalau rajin mesti jadi pandai. Tapi sekarang dah terlalu suka masak, rasa dah terlalu perempuan pulak sekarang ni. Macam dulu bukan perempuan je kau! Orang perempuan, ibu-ibu, kakak-kakak & adik-adik yang gegurl kena pandai duduk dapur. Kang kalau asik duduk kat ruang tamu juntai-juntai kaki tengok Edisi Khas, nampak sangat suka jadi tetamu kat rumah sendiri kan? Kalau pemalas masak, baik robohkan aje dapur rumah tu. Aku tau, dari dulu memam aku pandai masak, tapi aku kuram rajin dan malas lettew (ejaan macam ni memang nak mintak pelempang sulung).
Bila sekali buat, orang cakap sedap, kau akan rasa fuiyooo bestnya main masak-masak. Aku punya gila sampai tahap nak beli buku resepi, google resepi, beli mixer, beli oven baru, beli kitchenware baru semata-mata sebab nak belajar masak itu ini. Aku suka belajar masak macam-macam makanan & bagi orang rasa sana sini. Saja-saja, suka-suka. Bukanlah sampai tahap nak menjaja atau meniaga.
Tapi satu hari, tiba-tiba colleague aku terjah bilik aku sambil sengih-sengih macam nak meminang, 'Ain, saya nak order cheesecake awak boleh tak?' Tiba-tiba rasa nak gelak sampai shower muka dia pun ada, pilu pun ada, kaku pun ada. Kalau dia nak tempah tu maksudnya sedaplah kan? Aiseman! Masa jamuan office, aku memang rajin buat cake. Choc Indulgence pun tak laku sebab diorang sibuk korek cheesecake aku. Bukan nak cakap apa lah kan.. :D





Gambar 1: Baked Oreo Cheesecake panas dari ketuhar.
Gambar 2: Baked Oreo Blueberry Cheesecake hot from oven. Takkan cold from oven pulak.
Gambar 3: Baked Oreo Bluberry Cheesecake (sebelum blueberry topping disimbah). Untuk jamuan kat office, rumah & tempahan, memang mudah pakai aluminium foil sebab tak payah fikir nak pulangkan bekas. Takut nanti ada yang emo-emo kat status facebook atau santau-santau orang sebab tak pulangkan cake pan, mould atau tipuware.
Gambar 4: Tart Shells. Filling dia masih belum ada masa nak buat. Rasanya nak buat blueberry cheese. Tapi, asal nak buat je, tengok jam dah 12 tengah malam. Seram pulak duduk dapur tengah malam-malam buta. Lagi-lagi malam Jumaat.
Gambar 5 : Kek 8 Lapis Dairy Milk Cadbury. Kena cakap berapa lapisan sebab lapisan kek ni tak tentu arah ada tebal, ada nipis. Maklumlah, first time buat. Rupa dia memang horrible. Kek ni paling mencabar nak buat sebab kena bakar setiap satu lapisan. Lepas tu, kena susun mini Cadbury Dairy Milk tu masa kek panas lagi. Risiko Cadbury Dairu Milk nak cair tu memang ada, jadi kena cepantas (cepat dan pantas). Resepi kek ni memang sedap sebab ada hohohorlicks eh ala-ala anak Liza Hanim masa sahur. Nakkk! Nakkk!
Nota kaki kanan:
Aku belum bersedia nak ambil tempahan banyak-banyak. Sekarang berani buat untuk officemates, kawan-kawan & family. Tapi selalunya pun buat untuk lahap sendiri. Gambar di atas cuma nak buat korang meleleh air liur masa bulan puasa ni. Hahaha. Dan lagi satu, jangan tanya resepi. Bukan sebab rahsia ke ada mandrem ke kuat renjis ke. Cuma sebab aku jenis susah nak ingat ingredients & steps. Aku sendiri pun refer banyak resepi & modified ikut taste aku. Lagi pun, sekarang dah senang nak carik resepi. Google kan ada? Yang ada iPad lagi senang sebab ada Baking Application, siap ada category. Kau nak tart? Kau nak cookies? Semua ada di hujung jari je. Aku tengah cari mood nak mula buat kuih raya. Bukan kuih raya, tapi biskut raya. Tak suka guna perkataan kuih raya sebab kuih tu biasanya merujuk kepada kuih karipap, cekodok, apam dan sebagainya. BISKUT RAYA ok? BISKUT.
Kalau rajin, silalah cuba-cuba belajar buat sendiri. Kalau dah pandai buat sendiri, makanan yang dijual kat luar tu semua korang akan rasa tak sedap. Sebab korang boleh produce lebih sedap dari itu dengan kos yang minimum. Benda ni ilmu. Ingat, ilmu mampu generate income & boleh dijadikan long term investment juga. Nak dapat ilmu dah senang sebab source and reference dah banyak, kita cuma nak mahirkan diri je. Kalau sekali buat tak jadi, cuba buat lagi sampai dapat. Nama pun belajarkan? Tapi, kalau 100 kali buat tak jadi-jadi jugak, baik masukkan diri sendiri dalam oven. Chop, joking! Kalau marah, korang tak puasa! ;)
Selamat mencuba!